Notis Perlindungan Data

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah berkuatkuasa di Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam urus niaga komersil. Di HENRY GOH, kami menganggap data anda sebagai sulit dan hanya akan menggunakannya secara berhemah, samada anda merupakan seorang individu atau syarikat. Sebagai komitmen berterusan kami terhadap anda, kami ingin memaklumkan tentang data peribadi anda yang diproses oleh pihak kami dan tujuan pemprosesan data tersebut.

Jenis Data Peribadi

Semasa kami mewakili anda, HENRY GOH mungkin mengumpul atau menerima data atau maklumat peribadi tentang diri atau perniagaan anda. Walaupun data peribadi yang dikumpul mungkin berbeza-beza mengikut tujuan tertentu, dalam menjalankan khidmat profesional kami, kami akan mengumpul dan memproses data peribadi atau maklumat perhubungan am anda seperti yang berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Nama
  • Nama Syarikat
  • Alamat
  • Nombor Telefon
  • Nombor Faks
  • E-mel

Tujuan Pengumpulan

HENRY GOH perlu mengumpul dan memproses data peribadi anda supaya kami dapat menyediakan perkhidmatan kami dan melaksanakan arahan yang anda berikan dengan berkesan. Data dikumpul, digunakan dan selainnya diproses oleh pihak kami dan/atau rakan sekutu kami yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan kami bagi tujuan:

  • Melaksanakan perlbagai arahan
  • Menghubungi anda
  • Menjawab sebarang pertanyaan
  • Mengurus akaun anda dengan kami
  • Menyimpan dan mengemaskinikan rekod dalaman
  • Memenuhi apa-apa keperluan undang-undang atau statutori, termasuk keperluan yang ditetapkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), mana-mana pejabat harta intelek di negara-negara asing dan/atau pejabat kerajaan yang lain.
  • Menyampaikan maklumat terkini tentang undang-undang dan amalan, pengumuman syarikat, surat berita, sebarang jemputan untuk menghadiri acara dan seumpamanya, yang kami percaya mungkin menarik minat dan berkaitan dengan anda.
  • Sebarang urusan kerja lain di mana kami dilantik oleh pihak anda dan data itu adalah perlu untuk urusan tersebut.

Bagi memenuhi mana-mana tujuan di atas, jika diperlukan, data peribadi anda mungkin didedahkan kepada penyedia perkhidmatan kami yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia. HENRY GOH ingin memberi jaminan bahawa selain daripada untuk sesuatu tujuan yang sah, kami tidak akan berkongsi, menjual, menyewa, memperdagangkan dan/atau mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak berkenaan, melainkan persetujuan anda telah diperoleh.

Dengan mendedahkan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk membenarkan data tersebut dikumpul dan diproses bagi tujuan yang dinyatakan dalam notis ini. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 memberi anda hak-hak tertentu untuk membuat pertanyaan secara bertulis bagi mengakses, mengemaskinikan, membetulkan atau menghadkan pemprosesan data peribadi anda dengan mengemukakan permintaan tersebut kepada Pegawai Pematuhan Data kami di malaysia@henrygoh.com. Fi pentadbiran mungkin dikenakan bagi permintaan untuk mengakses data peribadi anda.

HENRY GOH berhak mengkaji semula atau meminda Notis ini pada bila-bila masa dan akan memaklumkan perubahan tersebut pada laman web kami di www.henrygoh.com.

Jika terdapat apa-apa percanggahan berkenaan Notis ini antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa Melayu, maka versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Terima kasih.

HENRY GOH & CO SDN BHD

Click here for English version.